Image

Maktab Tentera Diraja

Select your language

+603-8946 5555 jpt@rmc.edu.my Mon - Fri : 0730-1800

Select your language

MAJLIS REUNION, PERASMIAN MONUMEN DAN PERLETAKAN PLAKA OLD PUTERA INTAKE 82-86 (R3)

Jumlah paparan: 9

MAJLIS REUNION, PERASMIAN MONUMEN DAN PERLETAKAN PLAKA OLD PUTERA INTAKE 82-86 (R3)


KUALA LUMPUR, 23 Ogos 2025 – Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (KS MATM), Leftenan Jeneral Dato’ Azhan bin Hj Md Othman, Inspektorat Jeneral Markas Angkatan Tentera Malaysia (IJ MATM) Laksamana Muda Dato' Pahlawan Farizal Myeor dan Assisten Ketua Staf Logistik Markas Tentera Darat (AKS Log MK TD), Mej Jen Dato’ Abd Hafiz bin Ahmad telah menghadiri Majlis Reunion Old Putera (OP) Intake 82-86 (R3) bertempat di Maktab Tentera Diraja (MTD), Kem Perdana Sungai Besi, hari ini.


Majlis Reunion yang dianjurkan khas bagi menghimpunkan OP Intake 82-86 (R3) ini, telah mempertemukan kembali seramai 60 orang ahli OP Intake 82-86 (R3).


Mengimbas kembali sejarah, MTD atau Royal Military College (RMC) telah ditubuhkan pada 3 Julai 1952 bertempat di Port Dickson, Negeri Sembilan. Uniknya MTD adalah kerana ia merupakan satu-satunya Sekolah Berasrama Penuh yang melaksanakan ciri ketenteraan yang tunggal. MTD, yang mempunyai prestij tersendiri, merupakan kombinasi sekolah menengah tentera dan juga pusat latihan pegawai tentera. Ia juga memiliki keunikan teristimewa kerana merupakan satu-satunya sekolah di Malaysia yang memiliki gelaran 'Diraja'.


Majlis Reunion OP Intake 82-86 (R3) ini diserikan dengan Majlis Perletakan Plaka OP Intake 82-86 (R3) di tapak Alumni Park, MTD yang disempurnakan oleh Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (KS MATM), Leftenan Jeneral Dato’ Azhan bin Hj Md Othman. 


Dato KS MATM merupakan Bekas Putera MTD Intake 1982-1986, dari Kompeni Alpha juga telah merasmikan monumen Sportsman’s Prayer yang ditempatkan berhadapan menara Abseiling Maktab Tentera Diraja.


Dato KS MATM, di dalam ucapannya telah menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur kerana telah berjaya mengumpulkan ahli OP Intake 82-86 (R3). Dalam kesempatan yang sama, beliau turut memberikan nasihat dan kata-kata semangat kepada para Putera MTD, agar sentiasa menjaga disiplin dan etika, sentiasa berusaha untuk berjaya dalam akademik serta sentiasa fokus dalam apa jua yang dilaksanakan di sepanjang sesi pengajian mereka di MTD.


Majlis khas ini kemudiannya diakhiri dengan penyerahan mock cheque Maybank bernilai RM 10,000.00 daripada OP Batch 82 – 86 kepada MTD. 
Turut sama hadir ialah Komandan MTD, Brigedier Jeneral Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM, selaku Pengerusi Penganjur.

Klik untuk ke pautan FB MTD

#MaktabTenteraDiraja
#BerkhidmatMemimpin

Maktab Tentera Diraja (MTD)
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

jpt@rmc.edu.my
+603-8946 5555

Pautan Agensi

Maktab Tentera Diraja (MTD)
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

jpt@rmc.edu.my
+603-8946 5555

PUSPAHANAS
MAFSC
MAFDC
NRC
UPNM
MINDEF

Maktab Tentera Diraja (MTD)
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur

jpt@rmc.edu.my
+603-8946 5555

PUSPAHANAS
MAFSC
MAFDC
UPNM
MINDEF
NRC

Maktab Tentera Diraja (MTD)
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur

jpt@rmc.edu.my
+603-8946 5555

MINDEF
PUSPAHANAS
MAFSC
MAFDC
UPNM
NRC
Facebook YouTube Flickr TikTok