Image

Royal Military College

Select your language

+603-8946 5555 jpt@rmc.edu.my Mon - Fri : 0730-1800

Select your language

Hits: 88

PERBARISAN TAHUNAN PUTERA MAKTAB TENTERA DIRAJA (MTD) TAHUN 2025

 
SUNGAI BESI, 10 Jan 26 - Perbarisan Tahunan Putera Maktab Tentera Diraja (MTD) tahun 2025 telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut selaku Pemangku Panglima Angkatan Tentera, Yang Berbahagia Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain, bertempat di Padang Kawad MTD, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Siri perbarisan pada tahun ini telah menampilkan lapan detasmen diketuai 437886 Pegawai Rendah Kanan Rayyan Haqeem bin Dato’ Khairul Azmizal dari Kompeni Echo dengan penglibatan keseluruhan seramai 360 Putera yang terdiri daripada 188 Putera tingkatan lima dan 172 Putera tingkatan empat bagi siri pengajian tahun 2025.
MTD merupakan sebuah institusi pengajian yang unik berbanding sekolah-sekolah berasrama penuh dan harian yang lain dengan menawarkan silibus akademik yang dinamik disokong dengan penerapan modul ketenteraan bagi melahirkan seorang pemimpin yang berwibawa, berketerampilan dan bersahsiah mulia sesuai dengan cogan kata “BERKHIDMAT MEMIMPIN”.
 
Institusi ini juga merupakan sebuah Maktab yang menyedia dan melatih para penuntutnya untuk berkhidmat dalam pelbagai bidang profesional antaranya sebagai bakal Pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pegawai-pegawai kanan perkhidmatan awam dan pemimpin dalam bidang ikhtisas, perdagangan dan perusahaan negara.
 
Turut hadir semasa majlis perbarisan adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim bin Ali, Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Azhan bin Hj. Md Othman, Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM, Pegawai-pegawai Kanan Tentera dan Awam.
Pada perbarisan ini Pemangku Panglima Angkatan Tentera telah menyampaikan beberapa anugerah kepada Putera meliputi Anugerah Kompeni Komandan, Anugerah Lembaga Tadbir, Anugerah Pengarah Pengajian, Anugerah Komandan,dan Anugerah Menteri Pertahanan. Senarai Penerima Anugerah seperti berikut :
 
 
a. Anugerah Piala Kompeni Komandan. Kompeni yang menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam aspek akademik, sukan dan ketenteraan.
Penerima: Kompeni Delta.
b. Anugerah Lembaga Tadbir 437981 Putera Sarjan Wan Aqlan Muqree bin Wan Azizi dari Kompeni Hotel.
c. Anugerah Pengarah Pengajian. Putera Terbaik Bidang Akademik- 437744 Putera Kanan Muhammad A'lim Uzair bin Mohd Khairi dari Kompeni Alpha.
d. Anugerah Komandan. Putera Terbaik Bidang Ketenteraan. 437886 Putera Rendah Kanan Rayyan Haqeem bin Dato’ Khairul Azmizal dari Kompeni Echo.
e. Anugerah Menteri Pertahanan - Putera Terbaik Keseluruhan. 437832 Putera Rendah Kanan Hazmi Aniq bin Mohd Asri dari Kompeni Delta.
 
 
 
 
 
Hits: 1025

PROGRAM IBADAH KORBAN MAKTAB TENTERA DIRAJA 10 JUN 2025

 

 

Hits: 1380

SESI PENDAFTARAN PUTERA TINGKATAN 4 TAHUN 2025/2026

KUALA LUMPUR, 1 Mac 25. Sesi Pendaftaran Putera Tingkatan 4 bagi tahun 2025/2026 telah dilaksanakan pada 1 Mac 25 (Sabtu). Seramai 255 putera baharu telah melapor ke Maktab Tentera Diraja.

Acara pada kali ini telah menjemput beberapa tetamu VVIP daripada Federal Military College (FMC) iaitu YB Tan Sri Dato' Mohamad Ariff bin Md Yusof, YB Tan Sri Mohd Radzi bin Sheikh Ahmad, Tan Sri Abdul Wahab bin Hj Nawi,Tan Sri Asmat bin Kamaluddin,Tan Sri Aziz bin Abd Rahman, Dato' Azman Mahmood, Lt Kol (B) Dato' Nawawi bin Mat Desa, Old Putera Association (OPA), OP Zulkhibri Mohammad, OP Samsul Afif bin Abd Waris, OP Omar Sharif Md Saad, OP Khairul Ridzwan bin Berahim, OP Wan Aznainizam Yusri bin Wan Abdul Rashid, dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), YB Tuan Azmizam bin Zaman Huri, OP Nabil Sanusi, OP Ahmad Najidi dan OP Azlan.

Perkongsian Gambar boleh lihat disini - Facebook

Perkongsian Gambar boleh lihat disini - Facebook 

Page 1 of 4

Maktab Tentera Diraja (MTD)
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

jpt@rmc.edu.my
+603-8946 5555

Quick Links

Maktab Tentera Diraja (MTD)
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

jpt@rmc.edu.my
+603-8946 5555

Quick Links

PUSPAHANAS
MAFSC
MAFDC
NRC
UPNM
MINDEF

Maktab Tentera Diraja (MTD)
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur

jpt@rmc.edu.my
+603-8946 5555

Quick Links

PUSPAHANAS
MAFSC
MAFDC
UPNM
MINDEF
NRC

Maktab Tentera Diraja (MTD)
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur

jpt@rmc.edu.my
+603-8946 5555

Quick Links

MINDEF
PUSPAHANAS
MAFSC
MAFDC
UPNM
NRC
Facebook YouTube Flickr TikTok