EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG KINABALU MAKTAB TENTERA DIRAJA TAHUN 2025
Hits: 17
EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG KINABALU MAKTAB TENTERA DIRAJA TAHUN 2025
KUNDASANG, 16 Dis 25 - Penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah Negeri Pulau Pinang merangkap Pengerusi Yayasan Muhibah Tan Sri Fng Ah Seng, Brigedier Jeneral (Kehormat) Tan Sri Dato' Seri Dato' Paduka Prof. Dr. Fng Ah Seng, JP, telah hadir bersama delegasi Yayasan Muhibah Tan Sri Fng Ah Seng untuk memberi sokongan dan menyambut Tim Mendaki Gunung Kinabalu Maktab Tentera Diraja bertempat Timpohon Gate, Gunung Kinabalu, Sabah.
Tim Mendaki Gunung Kinabalu Maktab Tentera Diraja diketuai oleh Mej Norhisyam bin Iliyas, Pegawai Pembangunan Latihan dan dibantu oleh SSjn Mohamad Adam bin Abdullah sebagai KSM Echo. Tim mendaki Gunung Kinabalu Maktab Tentera Diraja terdiri daripada 1 Pegawai, 1 Jurulatih dan 16 Putera MTD dari setiap kompeni di Maktab Tentera Diraja.
Ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu bermula pada pagi 15 Dis 2025 dan sampai di puncak Gunung Kinabalu pada 16 Jun 2025 jam 0900. Selepas berehat, Tim mula turun dan peserta terakhir sampai di Timpohon Gate pada jam 1400.
Penaung JAKPAW Negeri Pulau Pinang berbesar hati menaja keseluruhan kos Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu Maktab Tentera Diraja dan meraikan para pendaki Maktab Tentera Diraja dengan makan malam serta penyampaian sijil dan buku bertempat di Liwagu Restaurant, Kundasang.
Turut hadir adalah Mej Jen Datuk Hamdan bin Hj. Ismail (B), Mantan APPS, Mej Jen Dato' Ariff Soo bin Abdullah (B), Ahli Yayasan Muhibah Tan Sri Fng Ah Seng, Brig Jen Dato' Mohd Akib bin Hj. Yusof, Ahli Yayasan Muhibah Tan Sri Fng Ah Seng, En Rashid bin Jamaluddin, Pengarah Pengajian MTD, Lt Kol Megat Mahayudin bin Ismail,
Ketua IMC MTD dan delegasi Yayasan Muhibah Tan Sri Fng Ah Seng.