Mengenai Kami
Mesej Daripada Komandan
" Maktab Tentera Diraja ialah satu-satunya institusi pembelajaran yang unik berdasarkan ciri dan teras ketenteraan. Fokus utama Maktab Tentera Diraja adalah untuk menjadi institusi pembelajaran berprestij negara. Institusi berprestij ini mempunyai keupayaan dalam melahirkan pemimpin yang hebat dan terkemuka.
Institusi berprestij ini juga telah muncul dalam membentuk putera menjadi pelajar yang cemerlang dalam bidang akhlak, akademik dan juga sukan. Ia menekankan kepada semangat setiakawan di kalangan Putera dalam mencapai Visi dan Misi RMC. PUTERA yang berakhlak mulia, hormat-menghormati, bertanggungjawab terhadap diri sendiri, Kolej, Agama, Bangsa dan Negara selaras dengan semangat setiakawan akan cemerlang dalam apa jua yang dilakukan dan yang akan mengubah RMC menjadi sebuah institusi pembelajaran berprestij yang disegani oleh masyarakat tempatan serta global. "
“Memperkasakan Pemimpin Masa Depan”“ Berkhidmat Memimpin ”
Brig Jen Saiful Azuar bin Ariffin - TUDM
Komandan MTD