PERTANDINGAN 51st INTERNATIONAL EXHIBITION OF INVENTIONS GENEVA DI SWITZERLAND BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DAN PUTERA-PUTERA MAKTAB TENTERA DIRAJA
GENEVA, 15 Mac 26 - Maktab Tentera Diraja (MTD) telah menghantar delegasi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Putera Maktab Tentera Diraja ke Pertandingan 51st International Exhibition of Inventions Geneva di Switzerland pada 11 hingga 15 Mac 26. Tujuan pertandingan ini adalah untuk memberikan fokus kepada program inovasi sebagai salah satu program utama. MTD telah berjaya meraih johan dalam pertandingan peringkat kebangsaan selama empat tahun berturut-turut semenjak tahun 2021. Susulan itu pada tahun 2024, MTD telah menyertai pertandingan inovasi peringkat antarabangsa iaitu iENA International Trade Fair, Ideas, Inventions and New Product pada 26 hingga 28 Oktober 2024 di Nuremberg Exhibition Center, Jerman, dan telah berjaya meraih dua Anugerah Emas serta satu Anugerah Perak.
Delegasi Inovasi Geneva ini terdiri daripada
2 x Pentadbir Akademik,
1. Rashid Bin Jamaluddin (Pengarah Pengajian)
2. Ismail Bin Zainol Abidin (Ketua Jabatan Sukan & Kokurikulum)
3 x Guru
1. Mohammad Ashraaf Raiez Bin Mohmmad Ridzuan
2. Noor Liyana Binti Shamsudin
3. Intan Isma Binti Munir
dan 11 Putera Tingkatan 5 MTD.
1. 437993 - Luth Ridzki Izmel bin Azlan (A)
2. 438071 - Mohamad Irfan bin Mohamad Nazri (C)
3. 438090 - Iman Haziq bin Rijal Fahmi (D)
4. 438077 - Afeef Fayyadh Bin Nazawandi (D)
5. 438061 - Muhammad Adam Syaffi bin Amran (C)
6. 438200 - Adam Qhaleef bin Johan (H)
7. 438089 - Hayl Arsyad bin Azrul Izham (D)
8. 438048 - Daniel Luqman bin Khairul Anuar (C)
9. 438104 - Raja Razin Muqri Zufayri bin Raja Mohd Kamil (D)
10. 389457 - Johann Jiro Fernandez (E)
11. 438147 - Johan Azim bin Hyril Azim (F)
Pasukan Inovasi kali ini telah meraih dua pingat bagi kategori Young Talents. Anugerah pertama adalah Anugerah Emas dan mendapat pujian khas daripada panel juri antarabangsa (Gold Medal With Jury Congratulations) bagi projek TERRATAB (Black Soldier Fly Frass Tablet Fertilizer).Anugerah kedua adalah Anugerah Perak bagi projek MODULSOPE (sistem perlindungan cerun pintar berasaskan IoT dan AI prediktif ). Delegasi Maktab Tentera Diraja secara tidak langsung telah mengharumkan nama Maktab Tentera Diraja sebagai institusi pendidikan di bawah Kementerian Pertahanan di peringkat Antarabangsa.
Komandan, Brigedier Jeneral Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM serta seluruh warga Maktab Tentera Diraja mengucapkan syabas dan tahniah kepada Guru dan Putera Delegasi Inovasi Geneva diatas kemenangan ini.
#MaktabTenteraDiraja
#RoyalMilitaryCollege
#BerkhidmatMemimpin
#ServetoLead
#RMCtoGeneva2026