
20 Okt 24. PIBG MTD telah menganjurkan Golf Amal PIBG MTD 2024 di Bangi Golf Resort yang merupakan julung kalinya dilaksanakan bagi mengumpul dana PIBG MTD. Penganjuran kali ini disertai oleh 60 pemain dan beberapa pihak penyumbang telah bersama-sama turut serta untuk memenuhi kutipan amal ini. Terima kasih atas sumbangan dan penganjuran terbaik Golf Amal PIBG MTD 2024.




























