Image

Royal Military College

Select your language

+603-8946 5555 jpt@rmc.edu.my Mon - Fri : 0730-1800

Select your language

𝗣𝗘𝗥𝗕𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗨𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗠𝗔𝗞𝗧𝗔𝗕 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗗𝗜𝗥𝗔𝗝𝗔 (𝗠𝗧𝗗) 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰

𝗣𝗘𝗥𝗕𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗨𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗠𝗔𝗞𝗧𝗔𝗕 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗗𝗜𝗥𝗔𝗝𝗔 (𝗠𝗧𝗗) 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰

KUALA LUMPUR, 22 Feb 25 - Perbarisan Tahunan Putera Maktab Tentera Diraja (MTD) tahun 2024 telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Yang Berbahagia Jeneral Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar dan disaksikan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Zulhelmy bin Ithnain bertempat di Padang Kawad MTD, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Siri perbarisan pada tahun ini telah menampilkan lapan detasmen diketuai 437587 Pegawai Rendah Kanan Muhammad Adif Hakimi bin Abdul Razak dari Kompeni Delta dengan penglibatan keseluruhan seramai 436 Putera yang terdiri daripada 204 Putera tingkatan lima dan 232 Putera tingkatan empat bagi siri pengajian tahun 2024.

MTD merupakan sebuah institusi pengajian yang unik berbanding sekolah-sekolah berasrama penuh dan harian yang lain dengan menawarkan silibus akademik yang dinamik disokong dengan penerapan modul ketenteraan bagi melahirkan seorang pemimpin yang berwibawa, berketerampilan dan bersahsiah mulia sesuai dengan cogan kata “BERKHIDMAT MEMIMPIN”.

Institusi ini juga merupakan sebuah Maktab yang menyedia dan melatih para penuntutnya untuk berkhidmat dalam pelbagai bidang profesional antaranya sebagai bakal Pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pegawai-pegawai kanan perkhidmatan awam dan pemimpin dalam bidang ikhtisas, perdagangan dan perusahaan negara.

Turut hadir semasa majlis perbarisan adalah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Zulhelmy bin Ithnain, Pegawai-pegawai Kanan Tentera dan Awam.

Pada perbarisan ini Panglima Angkatan Tentera telah menyampaikan beberapa anugerah kepada Putera meliputi Anugerah Kompeni Komandan, Anugerah Lembaga Tadbir, Anugerah Pengarah Pengajian, Anugerah Komandan, dan Anugerah Menteri Pertahanan. Senarai Penerima Anugerah seperti berikut :

a. Anugerah Piala Kompeni Komandan. Kompeni yang menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam aspek akademik, sukan dan ketenteraan.
Penerima: Kompeni Bravo.
 
a. Anugerah Lembaga Tadbir 437490 Pegawai Rendah Muda Ariff Fikry bin Aminuddin dari Kompeni Alpha.
b. Anugerah Pengarah Pengajian -Putera Terbaik Bidang Akademik- 437501 Pegawai Rendah Kanan Muhammad Faiz Hazimin bin Madin dari Kompeni Alpha.
c. Anugerah Komandan. Putera Terbaik Bidang Ketenteraan. 437587 Pegawai Rendah Kanan Muhammad Adif Hakimi bin Abdul Razak dari Kompeni Delta.
d. Anugerah Menteri Pertahanan - Putera Terbaik Keseluruhan. 437662 Pegawai Rendah Muda Myzan Haqiemy bin Muzainy dari Kompeni Foxtrot.
 
Untuk Lihat Foto semasa Majlis Klik  Disini  Facebook
Untuk Lihat Foto semasa Majlis Klik Disini   Flickr
 
 
 

Maktab Tentera Diraja (MTD)
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

jpt@rmc.edu.my
+603-8946 5555

Quick Links

Maktab Tentera Diraja (MTD)
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

jpt@rmc.edu.my
+603-8946 5555

Quick Links

PUSPAHANAS
MAFSC
MAFDC
NRC
UPNM
MINDEF

Maktab Tentera Diraja (MTD)
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur

jpt@rmc.edu.my
+603-8946 5555

Quick Links

PUSPAHANAS
MAFSC
MAFDC
UPNM
MINDEF
NRC

Maktab Tentera Diraja (MTD)
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur

jpt@rmc.edu.my
+603-8946 5555

Quick Links

MINDEF
PUSPAHANAS
MAFSC
MAFDC
UPNM
NRC
Facebook YouTube Flickr TikTok