KURSUS PERKEMBANGAN STAF MTD SIRI 1/2024

Kursus Perkembangan Staf MTD Siri 1/2024 sedang diadakan pada 19 hingga 22 Julai 2024 di Hotel Paya Raja, Kuala Terengganu.

Kursus dijalankan atas tujuan untuk melahirkan satu warga yang bersatu padu dan produktif dalam mencapai visi dan misi MTD.

Antara pengisian program termasuklah Pengurusan Stres, Lawatan Ilmu ke UMT, Menjana Transformasi Diri dan Team-Building.

Sebagai menyahut saranan Kerajaan Madani untuk menggalakkan STEM di kalangan murid sekolah, sesi lawatan ke Pusat Asasi Stem di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah diadakan pada 20 Julai 2024. Salah satu objektif adalah memberi pendedahan kepada peserta dengan pelbagai perkara berkaitan STEM termasuklah inovasi dan pengkomersialan.

Lawatan ini juga merangkumi Majlis Perwatikahan Sekolah Angkat, Program Perkongsian Amalan Inovasi dan Lawatan ke Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan.

Lawatan tersebut dihadiri oleh Ketua Jabatan, Pentadbir, Guru- guru Awam dan Guru Tentera serta Komandan MTD, Brig Jen Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM.