KUNJUNGAN HORMAT KOMANDAN MTD KEPADA PANGLIMA ARMADA BARAT TLDM

17 Jul 24 – Komandan Maktab Tentera Diraja (MTD) telah melaksanakan kunjungan hormat ke Panglima Armada Barat TLDM, Laksamana Madya Dato’ Ts. Shamsuddin bin Hj Ludin di Markas Pemerintahan Armada Barat, Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

Kunjungan hormat dimulakan dengan pemeriksaan kawalan kuarter dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan menandatangani buku lawatan.

Perbincangan turut merangkumi agenda dalam memperkasakan kolaborasi latihan kepimpinan kepada Putera MTD.

Kunjungan hormat ini juga bersempena dengan Program Kepimpinan Putera Tingkatan 5 MTD yang akan dilaksanakan di Pusat Kepimpinan TLDM Lumut mulai 17 hingga 21 Jul 24.