COMMANDANT MOTIVATIONAL TALK

16 Jul 24 – Komandan Maktab Tentera Diraja (MTD) telah mengadakan sesi motivasi kepada Putera MTD lepasan SPM 2023 di Auditorium MTD. Sesi ‘Commandant Motivational Talk’ ini disertai oleh 21 Putera Novus serta 11 ibubapa yang turut hadir.

Sesi ini bertujuan memberikan panduan dan inspirasi kepada semua putera terlibat agar mendapat lebih pengetahuan dan membuat persiapan sepenuhnya sebelum mereka melapor diri ke UPNM pada 21 Jul 24 nanti. Ucapan tahniah Komandan kepada semua Putera yang berjaya dalam SPM 2023 dan Putera Novus 2023 yang akan meneruskan pengajian di UPNM.

Sesi diakhiri dengan soal jawab dari Putera dan ibubapa yang hadir.