KUNJUNGAN HORMAT KOMANDAN MTD KEPADA PANGLIMA UDARA TLDM

17 Jul 24 – Komandan Maktab Tentera Diraja (MTD) telah melaksanakan kunjungan hormat ke Panglima Udara TLDM, Laksamana Pertama Ahmad Shafirudin bin Abu Bakar di Markas Udara TLDM, Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

Kunjungan hormat dimulakan dengan menandatangani buku lawatan dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati.

Perbincangan turut merangkumi agenda dalam memperkasakan kolaborasi latihan kepimpinan kepada Putera MTD.

Kunjungan hormat ini juga bersempena dengan Program Kepimpinan Putera Tingkatan 5 MTD yang akan dilaksanakan di Pusat Kepimpinan TLDM Lumut mulai 17 hingga 21 Jul 24.