KUNJUNGAN HORMAT KOMANDAN MTD KEPADA PANGLIMA MEDAN BARAT TENTERA DARAT

12 Jul 24 – Komandan Maktab Tentera Diraja (MTD) telah melaksanakan kunjungan hormat ke Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMBTD), Leftenan Jeneral Dato’ Pahlawan Haji Muhammad Huzaimi bin Sabri di Markas PMBTD Kem Sungai besi.

Kunjungan hormat dimulakan dengan pemeriksaan kawalan kuarter dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan menandatangani buku lawatan.

Perbincangan turut merangkumi agenda dalam memperkasakan kolaborasi keselamatan, pentadbiran dan keselamatan.

Kunjungan hormat ini juga bersempena dengan pelantikan beliau sebagai Komandan MTD pada 9 Jan 24 yang lalu.