PERTANDINGAN JALAN LAJU ANTARA KOMPENI MTD 3 SEPTEMBER 2024

Pertandingan Jalan Laju sejauh 7KM antara Kompeni Tingkatan 4 MTD telah dilaksanakan pada 3 Sep 24 mulai jam 2000 hingga 2300 di laluan sekitar MTD, ALK dan UPNM. Pertandingan disertai seramai 20 orang Putera setiap Kompeni dan berjaya menamatkan pertandingan dalam masa 1 jam 5 minit secara purata. Johan diungguli oleh Kompeni Hotel dengan masa 1 jam 52 saat. Naib Johan Kompeni Bravo dan Ketiga dari Kompeni Golf.