KUNJUNGAN HORMAT KOMANDAN MTD KEPADA NAIB CANSELOR UPNM

KUNJUNGAN HORMAT KOMANDAN MTD KEPADA NAIB CANSELOR UPNM

9 Jul 24 – Komandan Maktab Tentera Diraja (MTD) telah melaksanakan kunjungan hormat ke Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki bin Muhammad di UPNM, Kem Sungai besi.

Kunjungan hormat ini membincangkan aspek pendidikan Putera MTD yang berjaya melanjutkan pengajian di UPNM dan juga kaedah – kaedah utk manifestasi penambahbaikan masa hadapan bagi meningkatkan jumlah Putera menyambung pelajaran ke UPNM.

Turut dibincangkan adalah kerjasama Dua Hala Antara UPNM dan MTD terutamanya dalam memperkasakan pencapaian Akademik putera-putera melalui program-program serta modul pengajaran, mentoring and coaching classes dari pensyarah-pensyarah UPNM, perlaksanaan modul Public Speaking DWI Bahasa, penjanaan Career Talk dari UPNM serta ALK – UPNM dan perancangan awal untuk menzahirkan agenda-agenda modal insan.

Kunjungan hormat ini juga bersempena dengan pelantikan beliau sebagai Komandan MTD pada 9 Jan 24 yang lalu.