MAJLIS BERBUKA PUASA OPA DI KEDIAMAN RASMI MB JOHOR 30 MAC 24

Perkongsian daripada Facebook Rasmi Menteri  Besar Johor, Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi
Syukur Alhamdulillah. Saya berkesempatan hadir ke Majlis Berbuka Puasa bersama The Old Putera Association (OPA).
OPA merupakan alumni Maktab Tentera Diraja atau Royal Militiary College (RMC) yang telah dikenali seawal tahun 1960-an sebagai “Boys’ Wing of the Federation Military College, Port Dickson”.
Walaupun pertemuan yang singkat, namun ia amat bermakna bagi saya secara peribadi. Sebagai salah seorang alumni, saya amat gembira dapat meluangkan masa bertemu dan beramah mesra bersama sahabat dan kenalan lama daripada persatuan alumni ini.
Sebelum berbuka puasa, saya berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Presiden The Old Putera Association (OPA), Datuk Seri Dr. Michael Yam Kong Choy bersama ahli persatuan OPA.
Banyak perkara yang kami bincangkan khususnya mengenai perkembangan semasa persatuan alumni yang telah berusia 53 tahun ini, selain bertukar pendapat serta cadangan mengenai pembangunan di Negeri Johor.
Semoga ikatan ukhuwah dan persaudaraan sesama kita akan akan terus utuh dan berkekalan. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *